Tuesday, 8 January 2013

coretan tentang diriku dan dirimu..

Jun 2010
KRING! Bunyi loceng menandakan tepat pukul 10.50 pagi. Semua pelajar SMK Segambut Jaya mula bergerak menaiki tangga menuju ke kelas masing- masing. Pergerakan pelajar yang  riuh rendah dapat didengar oleh hampir semua guru yang berada di dalam bilik guru. Namun, keadaan itu dapat dikawal juga oleh para pengawas yang berdedikasi menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka mengawal para pelajar sekolah itu dengan penuh amanah.
Seperti itu lah rutinku setiap hari sejak hampir enam purnama aku dilantik sebagai pengawas sekolah di SMK Segambut Jaya atau lebih dikenali sebagai SEJAYA. Lebih dua bulan aku dilatih sebagai pengawas percubaan sebelum dilantik sebagai salah seorang ahli organisasi pengawas sekolah  secara rasminya pada bulan  Januari lalu. Namun aku tidak pernah mengeluh apatah lagi menyesal kerana dilantik sebagai seorang pengawas walaupun aku telah banyak mendengar desas-desus tentang betapa payahnya tanggungjawab menjadi seorang pengawas.
Ah! apa nak dihairankan, menjadi seorang pengawas adalah sebagai satu platform  bagiku untuk lebih mendisiplinkan diriku di samping menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakanku dan dapat membantu guru-guruku  menjaga keamanan disiplin sekolah. Walaubagaimanapun, aku tidak pernah mengabaikan tanggungjawab ku sebagai seorang pelajar yang di mana aku akan menduduki satu peperiksaan besar iaitu peperiksaan PMR pada bulan Oktober depan.
“Nabilla..” panggil salah seorang guru Sejaya.
 Lamunanku tiba-tiba terhenti apabila terdengar suatu suara sedang memanggilku.
 “Oh, Cikgu Halijah, ada apa cikgu?” tanyaku dengan penuh ramah sambil memberikan senyuman kepada guru kaunseling kami itu.
“Haa macam ni, cikgu nak kamu tolong check kn bilangan pelajar tingkatan 3 dalam setiap kelas dari  3A1 hingga lah kelas 3 Yakin yang terdapat di papan kenyataan dalam pejabat. Boleh?”, pinta Cikgu Halijah.
“Eh, sudah tentu boleh..”, kataku kepadanya sambil mengeluarkn  sebatang pen dan sehelai kertas nota kecil dalam kocek bajuku lalu menuju ke pejabat dengan pantas.
          Kelihatan dua orang pelajar lelaki sedang menuju ke pejabat yang sama. Seorang pengawas dan seorang lagi murid biasa. Pengawas itu ialah Hazwan dan mungkin disebelahnya itu rakan sekelasnya fikirku memandangkan kedua-duanya adalah murid tingkatan 4.
          Kami berselisih ketika hendak masuk ke dalam pejabat. Apabila sampai di pintu pejabat, Hazwan menghulurkan bantuan untuk membukakan pintu untukku.
“Terima kasih..”, balasku sambil senyum padanya. Hazwan hanya menundukkan kepalanya dan membalas senyumanku. Namun rakannya itu langsung tidak memandangku seolah-olah aku tiada disitu.
Tanpa mengesyaki apa-apa, aku terus sahaja membuat kerjaku tanpa mempedulikan mereka yang ke hulu dan ke hilir dalam  pejabat itu. Tanpa aku sedari, rakan kepada Hazwan itu telah pun berada di dalam pejabat itu sementara Hazwan pula hanya tunggu di luar pejabat kerana enggan memasuki pejabat itu bersama rakannya.
“Entah apa lah yang mereka itu hendak lakukan sebenarnya…”, detik hatiku sambil memerhatikan sahaja tingkah laku mereka.
          Tiba-tiba Hazwan memanggilku. Tanpa berlengah aku mendekatinya. “Cakap kat abang tu, Hazwan suruh dia masuk je jumpa dengan cikgu.. ok?”, suruh Hazwan. Aku hanya mengangguk-angguk sahaja lalu berlalu mendekati rakannya itu.
Seketika, aku sedikit terpinga-pinga bagaimana aku hendak memulakannya untuk menegur seniorku itu. “patut aku panggil sahaja abang? Ataupun awak? Atau apa?..”fikirku. Kenapa pula terasa cuak dalam hati ini untuk menegurnya? Sebelum ni, belum pernah lagi aku takut dengan senior.
Ah! Biarkan sahaja . Lalu tanpa berlengah lagi, aku mendekatinya . “Ehem..,abang.. erm abang hazwan kata .. dia suruh abang masuk je ke dalam jumpa dengan cikgu..”, kataku sambil mataku tercari-cari nametag ‘abang’ itu.
“Eh, macam mana nak masuk ni?..” tanyanya dengan penuh kehairanan.
 “wah, sedap juga suara dia ni.. muka pun boleh tahan jugak, tak ada lah poyo sangat mamat ni macam yang aku sangka selama ni..”desis hati kecilku. “Eermm, tak tahulah.. tapi tu je yang Hazwan bagitahu.”,balasku. Dia pun memandang Hazwan yang berada di luar melalui cermin lutsinar pejabat itu.Lalu aku pun keluar dari pejabat itu dengan hati yang berdebar-debar.
“Sudah..”,kataku pada Hazwan apabila dia bertanya akan pesanannya itu buat rakannya di dalam. “terima kasih..” balas Hazwan.
          Dengan pantas aku menuju ke bilik guru untuk menyampaikan pesanan Cikgu Halijah. Lalu aku terus menuju ke kelasku yang terletak ditingkat dua di blok A sekolah kami. Sesekali aku mengerling ke arah pejabat untuk memastikan kedua-dua pelajar  tingkatan 4 itu  sudah keluar dari pejabat atau belum. Dalam hatiku, muncul persoalan apakah aku akan menegur ‘abang’ itu lagi atau tidak. Terus aku teringat nama yang tercatat pada nametagnya. MUKHLIS. Seorang lelaki yang ku anggap sangat poyo dan ‘cover macho’  itu telah berjaya aku menegurnya.
          KRING! “Terima kasih cikgu..” kata murid-murid kelas 3 Cekal. Sementara menunggu cikgu pada subjek seterusnya masuk ke kelas kami, aku mendapatkan rakan-rakan gossip ku iaitu Fatin Nur, Shikin, Fiqa dan  Maryam. Aku menceritakan kejadian tadi di pejabat sekolah kami.
“Nampaknya ada orang dah jatuh cinta…”, kata Fiqa setelah mendengar ceritaku tadi.Ada ketawa kecil di akhir kata-katanya itu.
“Erh, mana ada.!Suka-suka aje..” , balasku sambil tersipu-sipu malu mendengar kata-kata Fiqa.
Kami berlima ketawa memecahkan suasana dalam kelas itu. Terdapat sepasang mata memerhatikan kami sedari tadi. Mata itu kepunyaan ketua tingkatan kami yang sedang meletakkan jarinya ke mulut menyuruh kami diam.
Setelah keadaan kembali reda, Shikin pula berkata “agaknya Mukhlis tu Amirul Mukhlis kot….”., “haa.. kawan abang Epul..”, sambung Fatin Nur memotong kata-kata Shikin.Lalu mereka tersengih-sengih memandang kami hingga menampakkan gigi mereka.
“macam mana korang boleh kenal pulak ni?”,tanyaku dengan penuh kehairanan.
Shikin dan Fatin Nur menjawab hampir serentak, “ sebab kitorang kenal Epul lah kitorang tahu Amirul Mukhlis tu..”, kata mereka.
“Oh,.. hmm tapi apa pun, yang aku tahu..Mukhlis tu agak poyo lah.. Sayang muka dia je handsome, tapi tak nak seyum pun..”, kataku menamatkan perbualan kami.Terasa hampa sedikit di hati , takut-takut ‘abang’ku itu tidak mahu menegurku lagi.
Setelah itu, cikgu pada pelajaran yang seterusnya pun masuk ke dalam kelas.
“Bangun semua!. Assalamualaikum Cikgu..”, kata ketua tingkatan lalu diikuti oleh para pelajar yang lain.

*masih kah U ingat detik2 ini my dear?? hehe*
ada bkt gak i tulis cerpen kn? kn? haha.. cerpen ini ditulis masa i xde keje nk wat then terkenang kn detik2 i ngn bf i mula2 kenal.. hikhik.. saja diolah mnjd lebih mnarik dlm bentuk cerpen..
sambungnnye??.. tunggu...~~ hihihi
k larh smpai disini shj wat kali ini.. ble ada idea agy i will story later k..
thanks 4 read this blog..
love u all but i love him more bcoz of Allah SWT..
bubye.. see ya.. assalamualaikum.. =) <3

2 comments:

  1. salam..belllll! amboi kemain lagi yeew! do follow back me-atynnur

    ReplyDelete
  2. wassalam.. atyn nur!!!!! hahahaha.. saje je mngikut jejak langkah korg yg suka wat cerpen zaman2 skola dulu.. susah tu wat esei.. hak9.. saje mngingati masa2 nan lalu.. haha xbole blah .. mesti ko igt kn?kn?kn? jgn lupa aku ada mention nama ko ngn "dia" skali ok.. hihi..
    ok dear.. i will.. see yaa..coming soon..hehe =) <3

    ReplyDelete